Tuesday, October 2, 2007

Ujian Hipnosis Nurin

Seluruh rakyat Malaysia meratapi pemergian adik Nurin Jazlin
Jazimin,8,
dan mengutuk kekejaman yang dilakukan ke atas kanak-kanak comel yang
tak
berdosa itu. Pencarian selama 30 hari berakhir pada hari Khamis
apabila
mayat kanak-kanak yang disumbatkan ke dalam beg sukan di Petang Jaya
Isnin
lepas disahkan adalah Nurin melalui ujian DNA yang dilakukan ke atas
kedua
ibu bapanya.

Kurnia ingin berkongsi pengalaman sepanjang berusaha mendapatkan
bahan
berita tentang kehilangan Nurin. Pada awalnya tugas mendapatkan
berita
follow up kehilangan Nurin, kurnia arahkan kepada anak buah di Meja
Crime...., namun atas rasa simpati dan hati terasa dekat dengan
kanak-kanak malang itu, Kurniapun turun padang mendekati keluarga
mangsa.
Pada suatu malam, (tak ingat tarikhnya bila)
Kurnia menghubungi seorang kenalan yang kini menjadi rakan baik dari
Sinfoni Minda akedemi iaitu saudara Fitri untuk sama-sama membantu
mencari
Nurin melalui kaedah Hipnosis. Satu keadah yang digunakan bagi
mengesan
adik Yin yang hilang pada Mac lepas.

Pada malam itu juga, kurnia menghubungi bapa Nurin memaklumkan untuk
membantu menggunakan kaedah itu dan atas persetujuan keluarga, malam
keesokkannya kurnia bersama dua orang rakan sekerja serta Fitri dan
pakar
Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad datang ke rumah keluarga Nurin. Pada
waktu itu, kurnia lupakan seketika tugas sebagai wartawan, sebaliknya
menjadi saudara seIslam yang berniat untuk membantu.
4 orang termasuk ibu Nurin, Norasian Bistaman, serta sepupunya, rakan
Nurin yang merupakan saksi yang nampak Nurin di bawa menaiki sebuah
van
putih serta seorang pelajar dari Sinfoni Minta melakukan remote
viewing
mengesan Nurin. Mungkin ramai yang tidak percaya tentang kaedah ini,
tapi
ianya telah dipraktikkan di Amerika Syarikat terutama dikalangan badan
perisikan bagi mengesan suspek.

Pada malam itu, ketika melakukan kaedah itu ke atas ibu Nurin, beliau
masuki ke alam separuh sedar dan menemui Nurin , yang dilihatnya
berada di
dalam sebuah bilik gelap, berbaring dalam keadaan merengkok. Pada
ketika
itu Dr sazali mengarahkan ibu Nurin akan keluar dari tempat Nurin
berada
itu dan melihat ke sekitar kawasan bagai mengesan di mana kedudukan
Nurin.
Tapi hati seorang ibu apabila melihat anaknya sendirian dalam keadaan
yang
lemah sebegitu, dia takut untuk melepaskannya dari pendangan dan
gagal
mengesan lokasi kedudukan Nurin itu.

Ujian yang dilakukan keatas sepupunya juga mendapatkan jawapan yang
hampir
sama, di mana beliau nampak Nurin terbaring dalam keadaan merengkok
di
dalam sebuah bilik gelap..Ketika itu dia hanya melihat Nurin
sendirian.
Ketika Dr Sazali mengarahkannya keluar dari tempat di mana Nurin
berada
itu bagi mengenalpasti lokasi ia disembunyikan, beliau hanya
menyatakan
ternampak satu jalan yang seperti biasa dia lihat, terdapat banyak
pokok ,
ada bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan. Bagaimanapun dia
gagal
mengesan nama jalan yang dilaluinya ketika berada di alam bawah sedar
itu.


Sementara itu ujian ke tiga ke atas seorang pelajar Sinfoni Minda ,
agak
jelas cluenya..., hampir sama dengan sepupu Nurin itu, menyatakan dia
seolah-olah nampak ada Jalan yang banyak pokok, ada premis kedai.
Nurin
yang dilihat ketika itu dijaga oleh dua lelaki...seorang berbadan
tegas
dan seorang lagi agak kurus yang diyakininya orang malaysia. Katanya
ketika
itu yang dilihatnya tangan Nurin diikat, dan dia demam dan kesakitan.
Berdasarkan maklumat itu, bersama polis usaha mengesan dijalankan di
Jalan
Klang Lama pada dua malam berikutnya...namun hanya menemui sebuah van
berwarna putih yang akhirnya disahkan tiada kaitan dengan kes
kehilangan
Nurin.

Keadah remote ivewing seterusnya turut dijalankan, namun pada
hari-hari
terakhir sebelum penemuan mayat Nurin itu, Dr Sazali mendapati tenaga
Nurin untuk membolehkan interaksi minda dijalankan semakin lemah dan
keadaan Nurin ketika itu tidak bermaya akibat kesakitan yang
ditanggungnya. Kurnia, yang turut sama menyaksikan keadah itu
dijalankan
sepanjang masa berdebar2 dan tidak henti-henti berdoa agar Nurin
dikuatkan
semangat dan mampu bertahan melawat sakit yang ditanggungnya. Namun
Kuasa
Tuhan juga yang menentukan segalanya. Pembunuhan kejam yang tidak
disangka
itu adalah penamat kepada pencarian Nurin yang setiasa dinantikan
kepulangannya.
Sepanjang mendekati keluarga Nurin, air mata ibunya bagai kering
menanti....dan akhirnya sekujur tubuh kaku yang pulang dan tidak akan
kembali lagi.

Kini, walaupun Nurin telah selamat dikebumikan dan aman di sana,
namun
kerja kami mencari berita hingga tertangkapnya mereka yang terlibat
dalam
perbuatan terkutuk itu akan diteruskan. Usaha mengesan manusia yang
hatinya lebih kejam dari binatang yang tidak tahu ingin dipanggil apa
jenis mahkluk tersebut sedang diperhalusi. Mungkin hatinya puas
dengan
pembunuhan yang dilakukan. Jika benar dua lelaki seperti yang
digambar
dalam keadah hipnosis yang dijalankan, sama-sama kita doakan agar
makhluk
seperti binatang itu akan ditangkap dan menerima pembalasannya......

Hati rakyat Malaysia pasti tidak akan puas selagi mahkluk itu tidak
ditangkap dan cuba kita renungkan, kejadian seperti ini pasti akan
berlaku
lagi..lagi..dan lagi...., kerana mahkluk seperti ini yang
kebiasaannyan
seperti manusia normal yang dilihat cukup penyanyang dan pandai
mengula-gulakan kanak-kanak ini berkeliaran di mana-mana.....
sama-sama kita jaga keselamatan anak-anak kita... Wassalam...

No comments:

Promotion Power Links